Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Laos batal sekatan kemasukan COVID

    LAOS, 8 MEI – Laos akan menggugurkan sekatan kemasukan COVID bagi pelancong yang menerima vaksin lengkap bermula Isnin ini selepas negara itu melaporkan penurunan kes dan kematian koronavirus, kata pegawai kanan.

    Negara itu menyaksikan kemerosotan 80 peratus dalam jumlah pengunjung antarabangsa pada tahun 2020 – 4.7 juta pelancong asing melawat tahun lalu.

    Bermula Januari, para pengunjung telah dikehendaki untuk menjalani kuarantin tujuh hari dengan ujian negatif COVID, serta kunjungan dihadkan dalam kawasan tertentu dengan rasminya menyekat pelancongan berkumpulan.

    Timbalan Menteri dan Timbalan Ketua Pejabat Perdana Menteri, Thipphakone Chanthavongsa berkata kelmarin yang rekomendasi pasukan petugas bahawa ‘langkah untuk memasuki Laos PDR dan pengenduran peraturan bagi warga tempatan’ telah diluluskan.

    “Kerajaan melihatnya sebagai waktu untuk membangun semula ekonomi,” katanya.

    Pengenduran langkah itu akan menyaksikan pusat pemeriksaan antarabangsa dibuka semula bagi warga Laos dan orang asing, dengan syarat mereka menerima vaksin lengkap.

    Pengunjung yang belum bervaksin perlu menunjukkan ujian ART dalam tempoh 48 jam sebelum meninggalkan negara asal mereka.

    Para pelancong juga akan dikehendaki untuk membayar rawatan perubatan sendiri jika disahkan positif COVID.

    Pegawai Laos menambah bahawa kelab karaoke dan pub akan dibuka semula. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...