Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laos catat 57 kematian kemalangan jalan raya pada Jun

    VIENTIANE, 17 JULAI – Sebanyak 57 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di seluruh Laos pada bulan Jun, menurun berbanding 77 kematian pada bulan sebelumnya.

    Menurut laporan Lao national TV, hari ini, negara itu mencatatkan sebanyak 460 insiden kemalangan jalan raya di seluruh wilayah, mengakibatkan 799 kecederaan dan 57 kematian serta 817 kenderaan rosak pada bulan Jun.

    Punca utama kemalangan jalan raya adalah memandu laju, memandu dalam keadaan mabuk dan pemanduan melulu.

    Polis trafik menggesa pemandu untuk mematuhi undang-undang lalu lintas dengan ketat dan berhati-hati di jalan raya.– Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda