Tuesday, December 10, 2024
34.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laos dilanda banjir terburuk dalam tempoh 42 tahun

    VIENTIANE, 22 OKT – Hujan berterusan menyebabkan lapan daerah di wilayah tengah Savannakhet, Loas, dilanda banjir buruk, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

    Banjir itu disifatkan yang terburuk pernah melanda sejak 42 tahun, di kawasan bersempadan dengan wilayah Quang Tri, Vietnam.

    Sejak 16 Oktober, hujan tidak berhenti telah mengakibatkan paras air sungai Sekong, Xe Banghieng dan Sepon melimpah dan menenggelamkan ribuan hektar sawah dan kawasan pertanian, lapor media tempatan memetik Ketua daerah Sepon, Vongsavan Viengmany.

    Paras air di tasik hidrokuasa Selanong di daerah Meuang Phin dan Meuang Nong juga berada pada paras bahaya.

    Menurut Pusat Meteorologi Laos, hujan lebat diramal berterusan satu atau dua hari lagi di kebanyakan kawasan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda