Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Laos harap dapat vaksinasi 80% penduduk akhir tahun ini

    VIENTIANE, 31 JAN – Kementerian Kesihatan Laos berharap dapat melaksanakan vaksinasi ke atas 80 peratus penduduk di setiap daerah dan wilayah pada penghujung 2022 sebelum negara itu boleh dibuka semula kepada pelancongan untuk memulihkan kembali ekonominya.

    Akhbar harian tempatan, Vientiane Times hari ini memetik Rattanaxay Phetsouvanh, ketua pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Berjangkit di bawah Kementerian Kesihatan Laos, berkata bahawa kementerian itu berharap dapat memvaksinasi 80 peratus penduduk menjelang hujung 2022, dan adanya tanda-tanda penuh harapan yang matlamat itu akan boleh dicapai.

    Setakat Khamis, lebih 4.7 juta penduduk (64.19 peratus daripada penduduknya) telah menerima satu dos vaksin dan lebih 4 juta (54.8 peratus) menerima vaksin lengkap.

    “Kami memerhatikan yang orang awam menyedari akan kepentingan vaksinasi kerana orang ramai datang ke pusat vaksinasi setiap hari,” kata Rattanaxay. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...