Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laos keluar amaran banjir selepas hujan berterusan

    VIENTIANE, 18 JUN – Biro Cuaca Laos telah mengeluarkan amaran hujan berterusan di beberapa kawasan di negara itu yang berpotensi menyebabkan banjir dan kejadian tanah runtuh, manakala paras air sungai terus menunjukkan peningkatan, lapor Xinhua.

    Hujan lebat diramalkan melanda seluruh Laos dari 16 hingga 22 Jun. Penduduk, khususnya di wilayah utara dan tengah, dinasihatkan agar berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga.

    Menurut laporan Jabatan Meteorologi dan Hidrologi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Laos hari ini, paras air Sungai Mekong di wilayah Savannakhet, selatan Laos kini mencecah 15.70 meter kelmarin, melepasi paras bahaya yang ditetapkan iaitu 15 meter.

    Susulan itu, pihak berkuasa menasihatkan penduduk di kawasan rendah agar bersiap sedia memindahkan barangan ke lokasi yang lebih selamat.

    Di wilayah Phongsaly di utara negara itu, hujan lebat sejak beberapa hari lalu telah menyebabkan sungai melimpah dan membanjiri rumah serta kawasan pertanian pada Isnin.

    Biro Cuaca turut menggesa orang ramai agar sentiasa peka terhadap ramalan cuaca rasmi dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca ekstrem. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda