Wednesday, September 18, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laos lancar kursus pemandu pelancong

    VIENTIANE, 11 SEPT – Kursus latihan pemandu pelancong kebangsaan telah dimulakan di ibu kota Laos, Vientiane, bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang berkelayakan untuk menyokong pertumbuhan pelancongan di Laos dan menangani kekurangan pekerja mahir dalam bidang ini.

    Kursus yang berlangsung dari 9 September hingga 29 November itu menyediakan peserta dengan latihan dalam standard etika dan cara memimpin kumpulan orang ke pelbagai lokasi dengan memuaskan serta memberikan mereka perkhidmatan yang berkualiti tinggi, lapor Radio Kebangsaan Laos kelmarin.

    Kursus ini bertujuan untuk melahirkan sekumpulan pemandu pelancong yang dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan serta boleh menunjukkan rasa hormat terhadap budaya Laos dan banyak tarikan negara, baik yang bersifat sejarah mahupun keagamaan. – Xinhua

    Gambar Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda