Wednesday, July 17, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Laos lindungi kanak-kanak daripada campak dan rubela menerusi pemvaksinan

    VIENTIANE, 17 JUN – Kempen pemvaksinan campak dan rubela di seluruh Laos mencapai hasil yang baik dengan 90 peratus daripada kanak-kanak yang disasarkan berjaya divaksin.

    Kerajaan Laos menyasarkan untuk memvaksin sekurang-kurangnya 95 peratus daripada keseluruhan kanak-kanak berumur dari sembilan bulan sehingga lima tahun bagi mengelakkan meletusnya wabak campak dan rubela pada masa hadapan, menurut sebuah laporan dikeluarkan pada Isnin oleh Kementerian Kesihatan Laos.

    Kanak-kanak di seluruh wilayah mempunyai akses kepada vaksin untuk meningkatkan lagi keimunan terhadap campak dan rubela di bawah dasar kerajaan. Vaksin ini boleh diperoleh secara percuma di kesemua pusat kesihatan awam.

    Pihak berkuasa melancarkan kempen kesedaran di peringkat nasional dan wilayah menerusi televisyen, radio dan liputan akhbar untuk menggalakkan ibu bapa membawa anak-anak mereka ke pusat pemvaksinan.

    Kementerian Kesihatan Laos melancarkan kempen pemvaksinan campak dan rubela di seluruh negara pada 20 Mei lepas. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Nepal, India kerjasama cari mayat hilang tragedi bas hanyut

    KATHMANDU, 17 JULAI – Pihak berkuasa tempatan sedang berkerjasama dengan pegawai sempadan daerah India untuk mencari mayat dalam kemalangan Simaltal, di mana tanah runtuh...