Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laos pantau kualiti udara

    VIENTIANE, 31 Jan – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah memantau kualiti udara di Vientiane tatkala Bangkok mengalami tahap pencemaran yang tinggi.

    Ketua Pengarah Institut Sumber Asli dan Penyelidikan Alam Sekitar, kementerian itu, Vilasak Choundala berkata semalam institut telah menempatkan peralatan untuk mengawasi kualiti udara di empat lokasi di Vientiane sejak Isnin.

    “Tujuan peralatan ini adalah untuk menguji sama ada jumlah zarah dalam udara adalah di bawah standard yang ditetapkan oleh negara,” kata beliau, menambah hasil dapatan akan digunakan sebagai rujukan untuk kerajaan apabila menimbang pengenalan langkah-langkah untuk mengekal udara bersih.

    Keputusan institut untuk menguji kualiti udara di Vientiane diambil selepas beberapa bandar Asia mengalami paras zarah yang meningkat.

    Menurut satu laporan dalam Bangkok Post pada minggu ini, tahap pencemaran di kebanyakan kawasan Bangkok dan bandar sekitarnya adalah tidak selamat. Vilasak berkata pemantauan kualiti udara di Vientiane merupakan sebahagian daripada pelan tahunan institut, menambah ujian tersebut tidak mempunyai kaitan dengan pencemaran udara di Thailand. – ANN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda