Wednesday, February 12, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laos sasar 4.3 juta pelancong asing pada 2025

    VIENTIANE, 11 FEB – Laos menyasarkan untuk menarik 4.3 juta pelancong antarabangsa pada 2025, dengan jangkaan menjana pendapatan lebih AS$1 bilion, lapor Xinhua.

    Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Laos telah memperkenalkan pelan pembangunan pelancongan yang berdaya saing bagi tempoh 2026-2030. Strategi itu bertujuan memperluas sektor pelancongan di wilayah utara, tengah dan selatan negara itu, dengan menumpukan kepada penambahbaikan infrastruktur dan perkhidmatan di destinasi utama, menurut laporan Socio-Economic News hari ini.

    Kementerian berkenaan juga berhasrat meningkatkan pengurusan dan pemantauan di lokasi pelancongan utama bagi memastikan ia memenuhi standard kebangsaan dan antarabangsa, sekali gus menyediakan persekitaran yang selamat dan mesra kepada pelawat.

    Selain itu, kementerian merancang untuk meningkatkan penglibatan masyarakat tempatan dalam pembangunan pelancongan, dengan menekankan kepentingan kepakaran dan pengalaman mereka dalam mempelbagaikan tawaran pelancongan negara.

    Tumpuan turut diberikan kepada aspek perkhidmatan pelanggan, keselamatan pelancong serta amalan pelancongan mampan bagi memelihara warisan semula jadi dan budaya Laos. – Bernama

    Gambar Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda