VIENTIANE, 10 JULAI – Kerajaan Laos sedang menaik taraf operasi perniagaan berkaitan pelancongan untuk merangsang pembangunan dan pelaburan dalam sektor tersebut dengan memastikan perniagaan dijalankan mengikut peraturan dan mempunyai lesen yang sah.
Sehubungan itu, Timbalan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan, Lao Darany Phommavongsa telah mempengerusikan bengkel untuk perniagaan yang beroperasi di lapan wilayah utara, seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan, Pasaxon hari ini.
Tujuan latihan tersebut diadakan adalah untuk memaklumkan kakitangan pelancongan mengenai prinsip dan kaedah yang digunakan dalam menubuhkan dan menambah baik perniagaan pelancongan yang berlesen, serta cara memantau dan mengurus perkhidmatan secara dalam talian, bagi meningkatkan kecekapan dan mempercepatkan perkhidmatan.
Semasa mesyuarat baru-baru ini, para peserta telah mempelajari penggunaan sistem permit perniagaan elektronik, cara memohon lesen perniagaan, cara memohon kad pelancong, kelulusan lesen, penarafan perniagaan, kemas kini pembayaran, latihan pemandu pelancong, pengurusan kad pemandu pelancong, pengurusan pengguna sistem, pengurusan konfigurasi sistem dan topik-topik lain. – Xinhua


