Wednesday, November 6, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laos sokong perusahaan produk tempatan

    VIENTIANE, 3 SEPT – Laos sedang bersiap sedia untuk mengadakan pameran Made in Laos bagi menggalakkan rakyatnya menggunakan lebih banyak produk tempatan dan mendorong orang ramai untuk meningkatkan pengeluaran produk, serta membantu menambah nilai kepada barangan eksport.

    Pameran ini dijadualkan berlangsung dari 28 September hingga 7 Oktober di ibu kota Laos, Vientiane, lapor Radio Kebangsaan Laos hari ini.

    Acara ini akan mempamerkan produk buatan tempatan, seperti kraf tangan, pakaian yang diperbuat daripada kapas dan sutera, perabot dan hiasan rumah, barangan pertanian, produk makanan dan minuman, peralatan industri dan elektronik, produk kecantikan, dan barangan Satu Daerah Satu Produk. Ia juga akan mempromosikan unit pengeluaran berskala kecil untuk berkembang menjadi perusahaan berskala sederhana dan besar. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda