Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laos tegah import mi segera Thailand

    VIENTIANE, 23 APRIL – Laos telah melarang pengimportan mi bot segera Thailand yang terkenal, juga dikenali sebagai Kuay Tiew Rua berikutan laporan pencemaran bakteria dalam produk tersebut.

    Jabatan Makanan dan Dadah di Laos mengeluarkan notis awal bulan ini untuk mengharamkan import Lerros Instant Boat Noodles dari Thailand kerana ia mengandungi jumlah bakteria Bacillus cereus yang melebihi standard biasa, yang boleh menyebabkan masalah kesihatan.

    Mi segera itu telah tercemar dengan kira-kira 6,600 CFU (unit mikroorganisma pembentuk koloni) melebihi piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan di Thailand sebanyak 1,000 CFU untuk bungkusan perasa, mi dan bihun.

    Pentadbiran Makanan dan Dadah di Thailand turut memberi amaran kepada orang ramai tentang pengambilan mi segera yang diedarkan oleh Syarikat Lerros Interfoods yang berpangkalan di Wilayah Samut Prakan, menurut PBS Thai.

    Jabatan Makanan dan Dadah Laos menggesa dan mengarahkan pemeriksa makanan untuk memantau pengimportan dan trafik produk di pasaran dan memaklumkan penduduk untuk mengelak daripada mengambil, menjual atau mengimportnya pada masa ini.

    Penyakit dari Bacillus cereus akan berkesan enam hingga 15 minit selepas makan makanan yang tercemar dan ada yang mungkin mengalami loya dan muntah antara 30 minit hingga enam jam selepas memakan makanan tersebut. – Laotian Times

    Kuay Tiew Rua yang dikesan dicemari bakteria. – Laotian Times
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda