Monday, October 7, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laos terima 2.6 juta pelancong asing dari Januari hingga Ogos

    VIENTIANE, 6 OKT – Laos menerima 2.6 juta pelawat asing dalam tempoh lapan bulan pertama 2024, meningkat seba-nyak 19 peratus daripada 2.2 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

    Dari Januari hingga Ogos, Thailand, Vietnam dan China merupakan sumber utama pelancong asing ke Laos, lapor Lao Economic Daily kelmarin.

    Sementara itu, Laos mencatat sejumlah 2.3 juta perjalanan pelancongan domestik dalam lapan bulan tersebut, peningkatan sebanyak 84.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.

    Laos telah menjana kira-kira AS$801 juta dalam pendapatan daripada pelancong antarabangsa setakat tahun ini.

    Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Laos berharap lebih 6 juta pelancong tempatan dan asing akan melawat Laos pada tahun 2024.

    Dalam usaha untuk meningkatkan jumlah pelancong semasa Tahun Melawat Laos 2024, kerajaan telah meluluskan kemasukan tanpa visa dan melanjutkan tempoh tinggal bagi pelancong dari negara-negara tertentu.

    Selain itu, kerajaan Laos telah menganjurkan kursus latihan pemandu pelancong kebangsaan untuk melahirkan lebih ramai kakitangan yang berkelayakan bagi menyokong pertumbuhan industri pelancongan di Laos serta menangani kekurangan tenaga kerja mahir dalam bidang tersebut. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda