Thursday, January 9, 2025
30.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laos, Thailand bangunkan rantaian pengeluaran lembu industri

    VIENTIANE, 6 DIS – Laos dan Thailand menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk membangunkan rantaian pengeluaran lembu industri menandakan langkah penting ke arah memajukan industri pengeluaran lembu di kedua-dua negara, lapor Xinhua.

    MoU itu bertujuan untuk memodenkan pengeluaran pertanian dengan mengubah pembiakan lembu menjadi rantaian pengeluaran sistematik yang sejajar dengan piawaian antarabangsa, lapor Radio Nasional Laos hari ini.

    Kerjasama itu bertujuan untuk meningkatkan penternakan lembu ke tahap industri, menjadikannya komoditi yang berdaya saing dan memenuhi piawaian eksport antarabangsa.

    Di bawah perjanjian itu, lembu berkualiti tinggi dan lembu muda akan diimport untuk penggemukan, manakala petani tempatan akan digalakkan untuk menanam tanaman makanan ternakan bagi menyokong rantaian bekalan.

    Inisiatif itu juga merangkumi pelan untuk mewujudkan pusat pembiakan lembu yang moden dan mesra alam, mengembangkan baka lembu untuk memenuhi permintaan pasaran, serta mewujudkan rangkaian ladang pembiakan lembu di Laos dan Thailand. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda