Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laos, Thailand cadang bina jambatan kereta api rentas

    VIENTIANE, 1 Nov – Menteri Luar Laos dan Thailand memulakan perbincangan mengenai cadangan pembinaan jambatan kereta api merentasi Sungai Mekong, antara ibu kota Laos, Vientiane, dan Nong Khai di wilayah timur laut Thailand, lapor Xinhua.

    Kedua-dua pemimpin itu turut membincangkan projek penyambungan rel rentas sempadan dari Nong Khai ke stesen kereta api Vientiane (Khamsavath) bagi membolehkan pengguna memperoleh akses yang lebih mudah kepada perkhidmatan Kereta Api China-Laos, menurut laporan Laopattana pada Rabu.

    Projek itu dibincangkan semasa pertemuan antara Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Laos Saleumxay Kommasith dan rakan sejawatannya dari Thailand Parnpree Bahiddha-Nukara di Vientiane, ibu negara Laos, pada Isnin.

    Kedua-dua pihak bersetuju untuk menggalakkan sektor berkaitan antara satu sama lain bagi mengenal pasti cara untuk meningkatkan lagi jumlah perdagangan dua hala dengan menghapuskan halangan perdagangan sedia ada serta memudahkan lagi urusan perniagaan.

    Rundingan itu juga bertujuan untuk memperkukuh aktiviti pelancongan antara Laos dan Thailand menggunakan stesen kereta api Vientiane (Khamsavath), terutama semasa Tahun Melawat Laos 2024 dengan unjuran kemasukan pelawat yang lebih ramai. – BERNAMA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda