Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laos tingkat pengawasan gempa

    VIENTIANE, 9 OGOS – Makmal data dan komunikasi gempa bumi dibuka di ibu negara Laos, Vientiane, yang mengandungi sistem maklumat moden yang akan membentuk sebahagian daripada rangkaian terestrial serantau yang menghubungkan data dari Vietnam, Thailand dan negara-negara Asia Tenggara yang lain.

    Makmal itu dilengkapi empat skrin paparan, dua komputer dan peranti-peranti lain yang digunakan untuk pemantauan gempa bumi masa nyata, lapor radio kebangsaan Laos hari ini.

    Ia akan menggunakan sistem yang memproses data gempa bumi masa nyata secara automatik dan menyediakan maklumat penting seperti masa kejadian, lokasi, magnitud dan kedalaman.

    Makmal itu dijangka meningkatkan pengurusan data dan keupayaan komunikasi bencana di Laos, sejajar program kerajaan digital negara itu. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda