Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Lapan aktivis iklim ditahan di lapangan terbang UK

    LONDON, 29 JULAI – Polis berkata mereka telah menahan lapan penunjuk perasaan iklim di Lapangan Terbang Gatwick, London hari ini selepas mereka cuba menyekat pintu berlepas dalam gangguan terbaharu di lapangan-lapangan terbang Eropah.

    “Lapan orang telah ditangkap kerana disyaki mengganggu infrastruktur awam”, menurut satu kenyataan polis, sambil menambah bahawa “kehadiran polis yang lebih tinggi akan dijangkakan”.

    Gatwick, lapangan terbang kedua paling sibuk di Britain, beroperasi seperti biasa menurut jurucakap lapangan terbang.

    Just Stop Oil berkata, tujuh penunjuk perasaan terlibat dalam gangguan itu, dengan video di media sosial kumpulan itu menunjukkan aktivis-aktivis duduk di atas lantai menghalang pintu masuk ke pintu berlepas.

    Para penumpang kelihatan melangkahi penunjuk perasaan untuk melepasi mereka.

    Minggu lalu, beberapa kumpulan yang menuntut kerajaan menandatangani perjanjian antarabangsa yang menghapuskan pengekstrakan dan penggunaan minyak, arang batu dan gas secara berperingkat menjelang akhir dekad telah mengadakan bantahan di lapangan-lapangan terbang di seluruh Eropah. – AFP

    Gambar Unsplash

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Dua warga Mexico, tiga pelancong Eropah maut dalam ribut salji

    SANTIAGO, 19 NOV – Lima pelancong asing iaitu dua...

    Britain gesa bantuan kemanusiaan Gaza ditingkatkan segera

    LONDON, 19 NOV - Pejabat Luar Britain menggesa tindakan...

    Protes anti-jenayah di Mexico City, 120 cedera

    MEXICO CITY, 16 NOV – Lebih 100 orang cedera...

    Ribuan sertai bantahan jenayah, rasuah di Mexico City

    MEXICO CITY, 16 NOV - Bandar Raya Mexico dibanjiri...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...