Sunday, March 16, 2025
22.7 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Lapan individu dihukum penjara berhubung kebakaran apartmen

HANOI, 14 MAC – Mahkamah Vietnam menjatuhkan hukuman penjara ke atas lapan orang hari ini atas kejadian kebakaran yang memusnahkan blok apartmen Hanoi pada 2023, mengorbankan 56 orang di negara itu, kejadian kebakaran terburuk dalam tempoh 20 tahun.

Bangunan itu hanya mempunyai satu pintu keluar dan tiada tangga kecemasan di bahagian luar. Jiran dan penduduk melaporkan, mereka mendengar jeritan ketika orang ramai bergelut untuk menyelamatkan diri daripada api melalui tingkap berpalang.

Pemilik blok sembilan tingkat itu layak menerima hukuman paling berat atas kebakaran pada September 2023, kata mahkamah di Hanoi, yang mensabitkannya kerana melanggar peraturan pencegahan kebakaran dan dihukum penjara selama 12 tahun.

Bagaimanapun, saudara mangsa berkata hukuman itu sepatutnya lebih panjang.

Keluarga dihalang daripada bercakap dengan media di luar mahkamah.

“Saya tidak berpuas hati dengan keputusan itu,” kata Le Van, yang mana abang, kakak ipar dan anak mereka maut dalam kebakaran itu.

“Mereka harus dihukum lebih teruk lagi atas apa yang mereka telah lakukan kepada kami,” katanya kepada AFP melalui telefon.

Seorang lagi anak pasangan itu terselamat, katanya, tetapi terpaksa meninggalkan ibu kota untuk tinggal bersama saudara-mara di luar bandar.

Tindakan pemilik blok apartmen, Nghiem Quang Minh adalah sangat berbahaya, kata keputusan itu, menyebabkan akibat yang serius terhadap kehidupan manusia dan kerosakan material. – AFP

Gambar menunjukkan saudara-mara mangsa kebakaran blok apartmen 2023 berjalan keluar dari Mahkamah Rakyat Hanoi pada 14 Mac. – AFP
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda