BANGKOK, 20 DIS – Lapan jemaah Thailand disahkan positif varian Omicron selepas pulang dari Mekah, Arab Saudi. Terdapat dua kumpulan jemaah tiba masing-masing satu di Bangkok dan Phuket dan kesemua mereka ditempatkan di kemudahan kuarantin sejurus ketibaan.Penasihat Chularatchamontri-Thailand, Preeda Chueaphudee berkata seramai 30 warga Thailand pulang menunaikan umrah dan tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada 15 Disember.