ATHENS, 31 DIS – Lelaki bersenjata menyerang sebuah kapal tangki minyak Greece di pelabuhan Cameroon Limbe hari ini dan menculik lapan kelasi, termasuk kapten kapal warga Greece, kata kementerian perdagangan laut Greece dan pemilik kapal hari ini.
Lima warga Greece, dua warga Filipina dan seorang warga Ukraine adalah sebahagian daripada 28 anggota kru yang menaiki kapal Happy Lady, di pelabuhan Limbe, berhampiran ibu negeri ekonomi Douala, kata kementerian dalam satu kenyataan.
“Satu kumpulan bersenjata menaiki kapal tangki dan mengarahkan lapan anggota kru termasuk kapten berusia 45 tahun supaya turun dari kapal,” beritahu wakil pemilik Eastern Mediterranean Athens (EMA) kepada AFP, meminta namanya tidak disiarkan.
Seorang anggota kru, warga Greece, sedang menerima rawatan di hospital tempatan atas kecederaan di kaki pergelangan akibat tembakan peluru sesat, kata polis pelabuhan dalam satu kenyataan. – AFP