MEXICO CITY, 1 OGOS – Lapan orang maut manakala dua lagi cedera dalam insiden tembakan pada awal semalam selepas penyerang bersenjata melepaskan tembakan rambang dari atas sebuah trak pikap yang mereka naiki di lebuh raya berhampiran Bacalar, sebuah pusat peranginan di tenggara negeri Quintana Roo, Mexico, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan. – Bernama