Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lapan lagi calon daftar untuk bertanding jawatan presiden Iran

    TEHRAN, 2 JUN – Lapan lagi calon presiden telah mendaftar untuk bertanding jawatan presiden Iran menjelang pilihan raya awal pada akhir Jun, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

    Jurucakap Ibu Pejabat Pilihan Raya Kementerian Dalam Negeri, Mohsen Eslami kelmarin berkata seramai 23 orang telah melawat ibu pejabat pilihan raya hari ini dengan lapan daripadanya secara rasmi mendaftarkan pencalonan mereka.

    Antara yang mendaftarkan nama selaku calon Presiden ialah bekas Ahli Parlimen, Seyyed Ahmad Rasoulinejad; Ahli Parlimen bandar Tabriz, Masoud Pezeshkian; pembantu kepada Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam dan bekas komander IRGC, Vahid Haghanian dan Datuk Bandar Tehran, Alireza Zakani.

    Iran akan mengadakan pilihan raya presiden pada 28 Jun berikutan kematian presiden Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter bulan lepas.

    Calon-calon itu turut mengisytiharkan slogan dan program kempen mereka secara ringkas di ibu pejabat pilihan raya.

    Semua calon presiden mesti mendapat kelulusan daripada Majlis Penjaga, panel 12 anggota yang terdiri daripada ulama dan pakar undang-undang. – Bernama

    Seorang pegawai pendaftaran, duduk di sebelah potret gergasi Allahyarham pengasas republik Islam itu, Ayatollah Ruhollah Khomeini, sambil menunggu calon menyerahkan dokumen mereka untuk pilihan raya presiden Iran akan datang di Tehran pada 2 Jun 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda