Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lapan lulus Kursus Asas Pemandu Pelancong

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OKT – Lapan orang telah lulus pemeriksaan secara teori dan praktikal bagi Kursus Asas Pemandu Pelancong ke-13 dan menerima sijil masing-masing dalam majlis penyampaian sijil di Dewan Setia Pahlawan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), hari ini.

    Hadir bagi menyempurnakan penyampaian sijil ialah Setiausaha Tetap di KSSUP, Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab.

    Kursus yang dikendalikan selama 10 hari, 11 hingga 20 September lalu, itu antara lain bertujuan untuk meningkatkan dan memantapkan kemahiran pemandu pelancong dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan memenuhi kehendak piawaian yang telah ditetapkan.

    Selain itu, ia juga dilaksanakan untuk menyelaras maklumat dan informasi yang disalurkan oleh setiap pemandu pelancong adalah tepat dan betul serta membuka peluang-peluang pekerjaan yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk tempatan khususnya dalam kalangan belia di negara ini.

    Sepanjang kursus itu, peserta telah didedahkan terhadap teknik-teknik kemahiran asas praktikal dan teori tentang tatacara sebagai pemandu pelancong, pengenalan destinasi-destinasi utama pelancongan dan tempat-tempat menarik serta pengenalan berhubung industri pelancongan di negara ini.

    Kursus seterusnya akan diadakan pada Februari 2024, manakala itu untuk pertanyaan dan pendaftaran bolehlah menghubungi Kolej Perdagangan Laksamana.

    Kursus mula diperkenalkan pada 2016 sebagai salah satu prasyarat Jabatan Kemajuan Pelancongan bagi mana-mana individu yang ingin mendapatkan lesen pemandu pelancong di negara ini.

    Hajah Tutiaty dan wakil Kolej Perdagangan Laksamana bergambar ramai bersama para peserta yang berjaya menamatkan kursus selama 10 hari berkenaan. – Gamabr oleh Muiz Matdani
    Gamabr oleh Muiz Matdani
    Gamabr oleh Muiz Matdani

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda