Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lapan maut, 19 hilang dalam kejadian tanah runtuh

    BEIJING, 5 OGOS – Tanah runtuh yang melanda sebuah kampung di barat daya China telah menyebabkan jambatan lebuh raya runtuh di mana ia telah mengorbankan lapan orang manakala 19 lagi hilang, kata media kerajaan, kelmarin.

    Bencana itu berlaku Sabtu lalu berhampiran Kangding, di Wilayah Autonomi Tibet Garze di barat daya wilayah Sichuan.

    Banjir kilat dan banjir lumpur menyebabkan jambatan lebuh raya yang menghubungkan dua terowong runtuh, dengan empat kereta yang membawa 11 orang terjunam di tempat kejadian, kata penyiar CCTV negeri, kelmarin.

    Seorang berjaya diselamatkan tetapi dua lagi ditemui mati dan lapan lagi hilang.

    Sementara itu, di kampung Ridi, berhampiran jambatan runtuh itu, enam orang lagi terbunuh dan 11 hilang, menurut CCTV. – AFP

    Gambar menunjukkan penyelamat mengendalikan jengkaut untuk memulihkan akses di Lebuhraya Nasional 318 selepas banjir kilat dan banjir lumpur di Kampung Ridi, Bandar Kangding, Wilayah Autonomi Tibet Garze di Wilayah Sichuan barat daya China pada 4 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda