Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lapan maut, 22 cedera susulan insiden letupan lori gas di Mexico

    MEXICO, 12 SEPT – Bilangan maut akibat letupan lori gas di Mexico telah meningkat kepada lapan selepas empat lagi mangsa meninggal dunia akibat kecederaan
    di hospital kelmarin, kata pihak berkuasa.

    Lori tersebut terbalik dan meletup pada Rabu di daerah Iztapalapa yang padat penduduk, mencederakan berpuluh-puluh orang dan meninggalkan beberapa individu mengalami melecur darjah kedua dan ketiga.

    Insiden letupan tersebut turut menyebabkan kerosakan meluas dan gangguan besar di jalan raya.

    Datuk Bandar, Clara Brugada memberitahu wartawan, sejumlah 94 orang cedera dalam letupan itu, termasuk 22 orang termasuk pemandu masih dirawat di hospital dalam keadaan kritikal kelmarin, manakala enam lagi mengalami kecederaan serius.

    Orang ramai bergegas ke hospital kelmarin untuk membawa makanan dan air kepada saudara-mara mangsa yang menunggu dengan cemas bagi mendapatkan maklumat terkini.

    Di samping itu, Brugada turut menawarkan bantuan kewangan untuk mereka yang cedera dan bagi menampung kos pengebumian mangsa yang meninggal dunia.

    Pendakwa Bertha Alcalde berkata, kemalangan itu “mungkin” berpunca daripada kelajuan lori yang berlebihan.

    Lori yang membawa hampir 50,000 liter gas itu dipercayai terbalik sebelum meletup. – AFP

    Anggota bomba memadamkan api lori gas yang meletup di Mexico pada 10 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda