Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lapan maut bangunan roboh

    LAGOS, 12 OKT – Lapan orang maut apabila sebuah bangunan roboh di hab ekonomi yang mempunyai penduduk padat di Lagos, Nigeria, kata perkhidmatan kecemasan hari ini.

    Punca masih tidak diketahui tetapi bangunan roboh biasa berlaku di negara Afrika itu, di mana jutaan penduduk tinggal dalam bangunan usang dan undang-undang pembinaan sering diabaikan.

    “Malangnya lapan mayat telah ditemui, enam lelaki dan dua wanita,” kata Agensi Pengurusan Kecemasan Negeri Lagos (LASEMA) di Twitter selepas runtuhan semalam.

    Sepuluh orang cedera parah dan dibawa ke hospital, sementara 10 yang lain cedera ringan, tambah agensi.

    Kejadian itu berlaku di sebuah bangunan yang sedang dibina di Ikoyi, kawasan mewah di Lagos.

    “Punca runtuhan masih belum disahkan tetapi usaha sedang diteruskan oleh LASEMA untuk menyelamatkan situasi,” kata perkhidmatan kecemasan bandar. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda