Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Lapan maut kebakaran restoran bawah tanah

    TEHRAN, 15 JUN – Empat orang kanak-kanak antara lapan yang meninggal dunia akibat terhidu asap selepas kebakaran berlaku di sebuah restoran bawah tanah yang menganjurkan sambutan ulang tahun di luar Tehran, menurut laporan media negara hari ini.

    Kebakaran berlaku malam Selasa di bandar Andisheh, di barat ibu kota, menurut laporan agensi berita rasmi IRNA.

    “Tujuh orang meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun meninggal dunia di hospital,” menurut pegawai Bulan Sabit Merah wilayah Tehran, Shahin Fathi yang memberitahu agensi berita.

    Pendakwa raya negeri, Hamid Asgari berkata api merebak dengan pantas ke seluruh restoran. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...