Sunday, July 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lapan mayat ditemui dalam kapal kayu

    TOKYO, 16 Jan – Lapan mayat telah ditemui dari bot yang terdampar di pantai tengah Jepun, menurut pihak berkuasa hari ini, mengesyaki kapal berkenaan merupakan kes terbaru dalam beberapa siri ‘kapal berhantu’ Korea Utara.

    Anggota penyelamat pengawal pantai menemui mayat seramai tujuh lelaki di dalam bangkai kapal yang terdampar di Kanazawa, tengah Jepun, pada minggu lalu, beritahu pegawai kanan polis Hiroshi Abe kepada AFP.

    Mayat seorang lelaki lain yang sudah mereput ditemui kira-kira 15 meter (50 kaki) dari kapal, katanya.

    “Adalah sukar untuk mengenal pasti mayat kerana mereka telah mereput,” katanya, mendapati keadaan laut bergelora telah menghalang pegawai daripada menyiasat bot secara menyeluruh.

    “Kami menemui kotak tembakau yang menyimpan beberapa pucuk surat warga Korea itu, tetapi kami tidak dapat mengesahkan bot berkenaan datang dari Korea Utara,” katanya.

    Gambar menunjukkan sebuah ‘kapal berhantu’ yang dipercayai milik Korea Utara setelah ditemui terdampar di sebuah pantai di Jepun. Lapan mayat ditemui selepas sebuah bot terdampar di pantai Jepun, menurut pihak berkuasa kelmarin, kapal berkenaan merupakan kes terbaru dalam beberapa siri ‘kapal berhantu’ Korea Utara. – AP

    Bagaimanapun, pegawai pengawal pantai percaya ia adalah kapal perikanan Korea Utara terbaru yang terdampar di pantai, berikutan sejumlah kes seumpama itu pada tahun lalu.

    Siaran televisyen menunjukkan bangkai kapal yang tenggelam di pantai.

    Menurut TV Asahi, satu lencana dengan gambar bekas pemimpin Korea Utara Kim Jong Il ditemui dalam bangkai kapal tersebut.

    Jumlah kapal perikanan Korea Utara yang terdampar di pantai Jepun mencecah sebanyak 104 kes pada tahun lalu, disusuli dengan 66 kes pada tahun 2016, menurut pengawal pantai Jepun.

    Kadang-kadang terdapat juga anak kapal yang telah pun mati di tengah laut, satu fenomena yang dirujuk oleh media tempatan sebagai ‘kapal berhantu.’ – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda