Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lapan mualaf terima sijil

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OKT – Lapan orang mualaf menerima sijil setelah berjaya menamatkan Skim Bimbingan Asas Mualaf 14 hari (dalam Bahasa Inggeris) pada majlis penutup dan penyampaian sijil yang berlangsung di Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kampung Pulaie, hari ini.

    Skim Bimbingan Asas Mualaf anjuran PDI melalui Bahagian Pembangunan Mualaf (Tarbiyah Mualaf) dihadiri oleh Pemangku Pengarah PDI, Awang Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abd Rahman selaku tetamu kehormat, yang juga menyampaikan sijil penyertaan dan hadiah kepada peserta terbaik.

    Menurut Haji Ahmad Abdussalam, para peserta yang menyertai program itu telah belajar banyak perkara penting termasuk Fiqh (bersuci, solat dan puasa), amalan, Tauhid kebersihan dalam Islam, Iqra, menghafal surah, selain mempelajari pengurusan jenazah secara praktikal dan menghadiri ceramah dari Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah.

    Program itu adalah kesinambungan daripada Program Bimbingan Pengenalan Islam Mualaf dengan harapan dapat menyokong dan membantu mualaf untuk lebih memahami ajaran Islam.

    Ia juga bertujuan membantu peserta lebih memahami, menghayati dan mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian mereka.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan ucapan daripada wakil peserta skim, Dayang Aisyah Afnan Lim Yen Shan @ Lim Yen Shan dan ucapan oleh tetamu kehormat majlis.

    Majlis diteruskan dengan tayangan klip video dan penyerahan sijil kepada para peserta.

    ATAS & BAWAH: Haji Ahmad Abdussalam menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta pada majlis yang diadakan di PDI, Kampung Pulaie, kelmarin. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Yusrin Junaidi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...