Saturday, February 8, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lapan pati ditahan di Sarawak

    KUCHING, 2 Nov – Pasukan Polis Marin dengan kerjasama Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) menahan lapan warga asing dan menyita 736 batang kayu balak pelbagai saiz dalam satu operasi di sebuah kem balak di Kampung Bekakong, dekat Daro di bahagian tengah Sarawak, tengah hari semalam.

    Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak ACP Salehuddin Mat Saman berkata lima daripada warga asing itu didapati berada dalam negara melebihi tempoh yang ditetapkan, manakala tiga lagi tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri.

    Beliau berkata semua pendatang asing yang berumur antara 22 dan 38 tahun itu diserah kepada Balai Polis Bintangor untuk siasatan lanjut. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda