Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lapan penerima biasiswa belajar di ALAM

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OGOS – Lapan penerima biasiswa Darussalam Pilotage Services Sdn Bhd (DPS) bagi kohort kedua kursus Diploma in Nautical Studies ke Akademi Laut Malaysia (ALAM) hari ini berlepas ke Malaysia untuk menjalani pengajian serta latihan komprehensif selama tiga tahun.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menghantar penerima-penerima biasiswa berkenaan ialah pihak pengurusan DPS bersama ahli keluarga mereka.

    Kursus Pegawai Kadet Dek ini direka untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan bagi membina kerjaya sebagai jurupandu marin.

    Setelah menamatkan pengajian, mereka akan dianugerahkan Diploma in Nautical Studies serta Certificate of Competency (COC) Kelas 3 sebagai pegawai dek.

    Program tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif DPS dalam melahirkan generasi baharu tenaga profesional maritim tempatan yang berkemahiran tinggi, seterusnya bersedia untuk menjadi pemimpin masa depan dalam industri maritim negara.

    Lapan penerima biasiswa kohort kedua kursus Diploma in Nautical Studies, ALAM. – GAMBAR SERAHAN DPS
    GAMBAR SERAHAN DPS
    GAMBAR SERAHAN DPS

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda