Monday, January 6, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lapan peserta terpilih menangi Hyundai Creta

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    Gambar oleh Muiz Matdani

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 DIS – Lebih 23,000 orang pembaca yang telah menghantar penyertaan Guess the Semi-Finalists Contest melalui akhbar Media Permata dan Borneo Bulletin, tidak lama lagi akan mengetahui sama ada mereka berjaya dalam percubaan mereka untuk memenangi hadiah yang menakjubkan untuk peraduan itu.

    Pengurus Besar Brunei Press Sdn Bhd bersama kakitangan, dan perwakilan dari Bank Baiduri dan Setia Motors semasa bergambar ramai.

    Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Brunei Press Sdn, penerbit Media Permata dan Borneo Bulletin, dan turut disokong oleh Setia Motors Sdn Bhd dan Bank Baiduri.

    Sehubungan itu, wakil daripada ketiga-tiga syarikat itu telah berkumpul petang tadi bagi melakukan cabutan akhir penyertaan pemenang yang diadakan di premis Brunei Press Sdn Bhd.

    Mewakili Brunei Press Sdn Bhd ialah Pengurus Besarnya, Mohd Najmuddin bin Abdul Razak bersama-sama Pengurus Kanan – Kewangan dan Operasi, Suzie Houng.

    Sementara itu, Setia Motors Sdn Bhd diwakili oleh Pengurus Jualan syarikat tersebut, Awang Fadhilah Sulaiman dan Eksekutif Produk di Setia Motors Sdn Bhd, Awang Nazim Mua’azasbri. Manakala Penolong Pengurus, Pembangunan Kad dan Pemasaran Baiduri, Katie Lim serta Eksekutif Perhubungan Korporat Bank Baiduri, Awang Muiz DP Haji Adnan turut berada di sana untuk menjadi sebahagian daripada pasukan yang melakukan pengundian.

    Daripada lebih 20 penyertaan yang berjaya meneka dengan tepat, seramai lapan pemenang telah terpilih dan berpeluang memenangi hadiah utama sebuah Hyundai Creta baharu bernilai B$32,320 pada majlis penyampaian hadiah nanti.

    Pemenang yang lainnya pula akan membawa pulang akaun simpanan Bank Baiduri dan barangan Hyundai. Secara keseluruhannya, terdapat lapan pemenang bertuah untuk peraduan ini.

    Bagi mereka menghantar penyertaan, nantikan pengumuman pemenang dalam akhbar Media Permata dan Borneo Bulletin pada 17 Disember nanti.

    Pada masa yang sama, perwakilan daripada Brunei Press Sdn Bhd juga akan menghubungi setiap pemenang dengan butiran mengenai penyampaian hadiah majlis.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda