Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lapan sekeluarga mati terbakar

    ISTANBUL, 9 NOV – Satu kebakaran di barat laut Turkiye membunuh seorang ibu, enam anak dan dua anak saudaranya meskipun bapanya berusaha untuk menyelamatkan keluarga itu, kata pegawai dan media hari ini.

    Kebakaran tercetus sejurus sebelum tengah malam lewat semalam di sebuah apartmen di bandar Bursa, di mana sebuah keluarga pelarian Syria telah berpindah ke Turkiye pada 2017.

    Ibu bersama enam anaknya yang berusia antara satu hingga 10 tahun, dan dua anak saudara berusia 11 dan 12 tahun, berada dalam pangsapuri apabila kebakaran meletus, menurut media tempatan.

    Bapanya, yang balik lewat selepas menghadiri upacara pengebumian di Istanbul, cuba menyelamatkan mereka yang berada di dalam namun gagal disebabkan asap tebal, menurut agensi berita Anadolu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda