SEOUL, 9 OGOS – Lapan pembuat kereta domestik dan asing di Korea Selatan secara sukarela memanggil semula kira-kira 14,000 kenderaan kerana kecacatan pembuatan, lapor Xinhua, memetik Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan hari ini.
Kia Corp akan memanggil balik 8,394 unit EV9 kerana ralat reka bentuk perisian dalam sistem kawalan motor pacuan roda belakang.
Mercedes-Benz Korea akan memanggil semula 2,695 unit E300e 4MATIC kerana kerosakan pendawaian pada sistem kawalan pemacu motor, 559 unit empat model, termasuk EQS 450+ kerana tidak mematuhi piawaian keselamatan dalam sistem elektrik berkuasa tinggi dan 82 unit daripada dua model lain untuk pengetatan bolt yang longgar.
Jaguar Land Rover Korea pula akan memanggil balik 1,316 kenderaan daripada empat modelnya untuk pembaikan kerosakan lampu belakang dan brek, manakala Volkswagen Group Korea telah membuat pampasan kepada 338 pemilik ID.4 disebabkan keperluan penggunaan bahan api secara berlebihan. – Bernama


