CARACAS, 1 JUN – Seramai lapan orang tentera Venezuela yang diculik oleh kumpulan bersenjata yang beroperasi di sempadan Colombia berjaya diselamatkan, Caracas mengumumkan kelmarin.
Lapan anggota tentera diculik oleh kumpulan bersenjata Colombia berjaya diselamatkan dalam operasi ketenteraan, menurut kenyataan kementerian pertahanan Venezuela.
Kenyataan turut memaklumkan tentera yang diculik berada dalam ‘keadaan selamat’.
Selain itu, kenyataan juga berkata pihak tentera masih mencari dua lagi anggota tentera yang hilang namun tidak memberikan sebarang butiran lanjut.
Tentera Venezuela bertarung dengan kumpulan bersenjata Colombia di sepanjang sempadan sejak 21 Mac, menyebabkan ribuan orang kehilangan tempat tinggal dan lari ke Colombia.
Pada 15 Mei. Venezuela mengutuk ‘penculikan’ lapan anggota tentera oleh kumpulan bersenjata Colombia di sepanjang sempadan. – AFP