Wednesday, April 23, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lapan terbunuh ribut badai Hainan

    HAIKOU, CHINA, 29 OGOS – Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh manakala seorang cedera parah dalam kejadian ribut di sebuah bandar di wilayah Hainan selatan China pada Khamis pagi, lapor agensi berita Xinhua.

    Menurut pihak berkuasa tempatan bencana ribut itu membadai perbandaran Nada di bandar Danzhou kira-kira pukul 4 pagi.

    Bencana itu menyebabkan rumah pekerja di sebuah tapak pembinaan runtuh menyebabkan lapan orang terbunuh. Seorang dilaporkan mengalami kecederaan serius manakala yang lain cedera ringan.

    Wilayah itu menghantar sepasukan anggota ke lokasi kejadian bagi membantu kerja-kerja mencari dan menyelamat. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda