Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    8 sertai kelas asah kemahiran menjahit

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – Lapan daripada peserta Kelas Bimbingan Muslimah Masjid yang mewakili lima zon di Daerah Brunei dan Muara telah menyertai Kelas Kemahiran Menjahit yang diadakan baru baru ini.

    Kelas tersebut diungkayahkan oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Bahagian Hal Ehwal Muslimah dengan kerjasama Pusat Pembangunan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) bertempat di Pusat Pembangunan Belia.

    Program yang berlangsung selama lapan hari dari 8 hingga 13 November itu bertujuan beri pendedahan asas dalam bidang kemahiran menjahit serta melahirkan individu yang berdaya saing dan berpotensi menjana pendapatan secara bekerja mahupun berdikari.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil kepada para peserta ialah Penolong Pengarah Pusat Pembangunan Belia, KKBS, Awang Haswandi bin Haji Osman.

    Manakala fasilitator bagi kelas berkenaan ialah Pelatih Kursus Kemahiran Rekaan Fesyen Teknologi, Pusat Pembangunan Belia, Dayang Agitah binti Haji Lampong.

    Turut serta dalam kelas berkenaan ialah Ketua Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Dayang Noraini Yanti binti Haji Hussin.

    Sehubungan itu, Majlis Penyampaian Sijil Kelas Kemahiran Menjahit telah diadakan pada petang kelmarin bertempat di Pusat Pembangunan Belia, KKBS.

    Penganjuran kelas seumpama itu diharapkan dapat memberikan kemahiran asas kepada para Muslimah masjid serta komuniti setempat, di samping menjadi nilai tambah kepada kebolehan dan potensi golongan sasaran dalam memperkasa peranan mereka ke arah kesejahteraan masyarakat.

    Antara yang menerima sijil berkenaan.
    Sebahagian daripada hasil latihan berkenaan.
    Sesi bergambar ramai antara peserta-peserta.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda