Thursday, April 24, 2025
26.4 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Lapangan Terbang Antalya Turkiye siap dinaik taraf

ANKARA, 13 APRIL – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan merasmikan projek naik taraf Lapangan Terbang Antalya pada Sabtu, dengan pengumuman bahawa lapangan terbang itu kini mampu menampung sehingga 82 juta penumpang setahun, lapor agensi Xinhua.

Menurut Erdogan, projek naik taraf itu dilaksanakan melalui kerjasama awam-swasta bernilai AS$1.05 bilion, tanpa melibatkan sebarang perbelanjaan daripada belanjawan negara.

Beliau turut menegaskan kepentingan lapangan terbang terbabit dalam memperkukuh sektor pelancongan Turkiye.

“Ini bukan sekadar lapangan terbang, tetapi pintu masuk global untuk Turkiye, bersedia menerima tetamu dari seluruh pelosok dunia,” katanya.

Selain projek naik taraf di Antalya, Erdogan turut mengumumkan dua lagi lapangan terbang sedang dibina, masing-masing di wilayah Yozgat (tengah Türkiye) dan Bayburt-Gumushane (timur laut), yang bakal meningkatkan jumlah lapangan terbang aktif negara itu daripada 58 kepada 60. – Bernama

Recep Tayyip Erdogan menyampaikan ucapan semasa majlis pembukaan Forum Diplomasi Antalya di Antalya, Turki, pada 11 April. – AP
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda