Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lapangan Terbang Antarabangsa Techo dirasmi 20 Oktober

    PHNOM PENH, 13 OKT – Lapangan Terbang Antarabangsa Techo (KTI) dijadualkan mengadakan majlis perasmian pada 20 Oktober selepas lebih sebulan beroperasi bagi penerbangan komersial.

    Setiausaha Negara bagi Penerbangan Awam (SSCA) baru-baru ini mengesahkan kerajaan telah meluluskan tarikh berkenaan dan memaklumkan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, akan mempengerusikan majlis tersebut. Bagi memastikan majlis perasmian berjalan lancar dan ketenteraman awam terpelihara, SSCA memohon kerjasama daripada semua penumpang yang menggunakan lapangan terbang pada hari berkenaan memandangkan kawalan keselamatan dijangka diperketatkan.

    Jurucakap SSCA, Sinn Chansereyvutha, ketika dihubungi The Post pada 9 Oktober menjelaskan memandangkan majlis akan berlangsung di kawasan lapangan terbang, sebahagian kakitangan akan ditugaskan melaksanakan pelbagai tanggungjawab termasuk urusan pengangkutan tetamu.

    “Bagi mengelakkan kesesakan dan kelewatan penerbangan, semua penumpang dinasihatkan tiba lebih awal di lapangan terbang pada 20 Oktober,” katanya.

    Lapangan terbang itu dibina di atas tanah seluas 2,600 hektar itu dikategorikan sebagai fasiliti kelas 4F, membolehkan ia menerima pesawat bersaiz besar seperti Airbus A380 dan Boeing 787. Fasa pertama pembinaannya menelan belanja kira-kira AS$2 bilion dan dinobatkan di tempat kesembilan daripada 11 projek seni bina global tahun 2025 berdasarkan keanggunan reka bentuk serta integrasi konsep mesra alam. – ANN/The Phnom Penh Post

    Gambar menunjukkan bahagian dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Techo. – ANN/ The Phnom Penh Post
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda