Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Lapangan terbang AS dibanjiri penumpang

    BERKELEY, CALIFORNIA, 3 JULAI – Cuti hujung minggu pada 4 Julai menyebabkan lapangan terbang Amerika Syarikat (AS) dibanjiri sejumlah besar penumpang yang pernah direkodkan sejak pandemik yang bermula pada 2020.

    Seramai 2.49 juta penumpang melepasi tempat pemeriksaan di lapangan terbang AS pada hari ini, mengatasi rekod sebelum pandemik dengan jumlah yang mencecah 2.46 juta pada awal minggu ini, menurut jumlah angka penumpang yang dikeluarkan kelmarin oleh Jabatan Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan.

    Jumlah yang meningkat tersebut menunjukkan penumpang yang ingin bercuti tidak menghalang mereka daripada belayar walaupun dengan harga penerbangan meningkat, penularan jangkitan COVID ataupun kerisauan mengenai penerbangan yang tergendala atau pembatalan.

    Jumlah penumpang pada hari ini merekodkan peningkatan sebanyak 13 peratus dari awal Julai tahun lalu, di mana peningkatan tersebut berlaku Khamis lalu sebelum hari cuti 4 Julai. Jumlah penumpang pada tahun ini yang menggunakan khidmat penerbangan AS juga mencatatkan seramai 2.35 juta telah melepasi tempat pemeriksaan keselamatan lapangan terbang hari ini berbanding dengan rekod keramaian penumpang pada Julai 2019, tetapi rekod tersebut berlaku seminggu sebelum Hari Kebangsaan AS.

    Perkara tersebut menandakan penerbangan AS kembali seperti sebelum berlakunya pandemik, dengan kadar purata 2.33 juta penumpang melepasi tempat pemeriksaan di lapangan terbang domestik dalam tujuh hari sebelum 1 Julai. Jumlah tersebut hampir menyamai dengan kadar purata tujuh hari dengan jumlah 2.38 juta penumpang pada 2019, menurut TSA. Walau bagaimanapun, penerbangan AS mengalami kesukaran kerana berdepan dengan permintaan banyak di tengah-tengah kekurangan tenaga pekerja dan beberapa isu yang menyebabkan jadual penerbangan tergendala dan dibatalkan.

    Sementara itu, lapangan terbang lainnya termasuk Delta, Southwest dan JetBlue, berusaha menyelesaikan masalah tersebut dengan mengurangkan jadual cuti musim panas mereka sendiri dengan usaha bagi mengurangkan perkara yang tidak menyenangkan seperti penangguhan dan pembatalan.

    Selain daripada itu, mereka menggunakan kapal terbang bersaiz besar agar dapat membawa lebih banyak penumpang. – AP

    Para penumpang semasa menyemak jadual penerbangan mereka di lapangan terbang antarabangsa Miami, Miami. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...