Sunday, September 24, 2023
27.8 C
Brunei

    -

    Lapangan terbang atas air pertama bakal dibina di M’sia

    SUBANG, 11 SEPT – Penyedia perkhidmatan sewa dan pajak, carter penerbangan dan pesawat, Systematic Aviation Services Sdn Bhd (SAS) bakal membina lapangan terbang kecil (aerodrome) air di Pulau Perhentian, Terengganu, yang akan menjadikannya ‘lapangan terbang atas air’ pertama di Malaysia. 

    Ini juga akan menjadikan SAS sebagai pengendali aerodrome air pertama di negara ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya Ida Adora Asha’ari Ismail berkata rancangan itu adalah susulan daripada Memorandum Perjanjian (MoA) yang dimeterai antara SAS dan Oriental Sky Sdn Bhd (OSSB) untuk menjalin kerjasama dalam bidang penyenggaraan pesawat amfibia dan operasi penerbangan. 

    “Daripada perjalanan selama 45 minit menaiki bot, awda mungkin hanya mengambil masa 10 hingga 15 minit dari tanah besar untuk sampai ke pulau (menaiki pesawat laut). 

    “Pesawat akan mendarat di atas air dan perlu ada lapangan terbang tertentu untuknya, oleh itu kami ketika ini sedang membina satu di Pulau Perhentian,” katanya kepada Bernama semasa ditemui di Pameran Penerbangan Selangor 2022, di sini. 

    Ida Adora berkata syarikat itu berharap dapat mengembangkan perkhidmatan pesawat laut ini ke tiga hingga empat lagi pulau di Malaysia. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...