Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lapangan terbang Basel ditutup akibat ancaman bom

    GENEVA, 21 JAN – EuroAirport Basel terpaksa ditutup hari ini akibat ancaman bom, menurut pegawai lapangan terbang, lapor agensi berita Jerman (dpa). 

    Lapangan terbang itu terletak di Perancis di sempadan segi tiga antara Perancis, Switzerland dan Jerman serta dikendalikan bersama oleh pihak berkuasa Perancis dan Switzerland. Menurut lapangan terbang itu, operasi penerbangan digantung buat sementara waktu dan akses ke lapangan terbang turut ditutup kira-kira pukul 6 pagi.

    Oktober lalu, EuroAirport Basel dan beberapa lapangan terbang serantau lain di Perancis terjejas akibat insiden yang sama. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda