BERLIN, 29 SEPT – Lapangan terbang antarabangsa baharu Berlin boleh dibuka bulan depan selepas ditangguhkan selama sembilan tahun meskipun pandemik koronavirus menjejas teruk perjalanan udara, kata ketua pengurusnya hari ini.
“Pada 31 Oktober 2020, BER akan dibuka,” beritahu bos pusat baharu, Engelbert Luetke-Daldrup, kepada wartawan.
“Ibu negara Jerman akhirnya akan mempunyai sebuah lapangan terbang yang memenuhi standard antarabangsa.”
Terminal satu lapangan terbang yang terletak di selatan pinggir bandar Berlin akan dirasmikan dengan penerbangan pesawat Jerman Lufthansa dan kapal terbang tambang murah Britain EasyJet. Beberapa kedai dan pejabat pelancongan juga akan dibuka pada hari pertama, namun terminal lain terpaksa menunggu sehingga tahun depan untuk memberikan perkhidmatan kepada penumpang, kata Luetke-Daldrup, disebabkan kemerosotan dalam permintaan akibat wabak COVID-19. – AFP