SINGAPURA, 31 Okt – Lapangan Terbang Changi Singapura membuka terminal canggih hari ini dengan sistem pendaftaran yang sepenuhnya automatik, termasuklah pemeriksaan muka dan tempat bagasi berkomputer, tetapi sebilangan penumpang mengalami kesukaran dengan teknologi baru ini.
Terminal 4, dibina pada kos $Sg985 juta akan mempunyai kapasiti tahunan 16 juta orang dan bertujuan menangani pertambahan bilangan penumpang yang dijangkakan melalui salah satu pusat pelancongan terkenal di Asia.
Ia penuh dengan teknologi baru, bermakna para penumpang seharusnya secara teori dapat membuat pemeriksaan dan menaiki pesawat tanpa bercakap dengan kakitangan lapangan terbang.
Pada hari pertama operasinya, lebih 100 orang penumpang tiba di sebelah pagi untuk menggunakan perkhidmatan baru ini, bagi penerbangan Cathay Pacific menuju Hong Kong.
Namun tidak semua orang dapat menggunakan mesin pemeriksaan sendiri yang memaksa para pelancong menggunakan kaunter yang ditangani oleh kakitangan lapangan terbang.
“Saya berpendapat akan mengambil masa bagi orang ramai biasa dengan sistem itu, Loh K Ling yang cuba menggunakan mesin layan diri sebelum mengalah dan pergi ke kaunter yang dikendalikan, memberitahu AFP.
Di pagar perlepasan, beberapa orang pelancong juga berdepan masalah untuk membiasakan diri dengan teknologi pemeriksaan muka dan dihantar semula ke kaunter yang dikendali.
Changi, yang kerap diundi sebagai lapangan terbang terbaik di dunia, adalah antara pusat-pusat di seluruh dunia yang memulakan penggunaan teknologi baru ketika usaha gigih bagi para pelancong perjalanan jauh.
Bersama-sama dengan pusat-pusat seperti Hong Kong dan Dubai, Singapura berusaha menarik minat bilangan pelancong yang semakin ramai – pada perjalanan seperti Australia ke Eropah. Yang mana para pelancong boleh memilih penyaluran perjalanan mereka.
Bilangan meningkat pelancong dari tanah besar China juga melawat Asia Tenggara dan wujud persaingan antara Singapura dan pusat-pusat tempatan lain seperti Bangkok dan Kuala Lumpur, untuk menarik minat pelancong-pelancong baru. – AFP