Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lapangan terbang dibiayai China mula operasi di Vietnam

    PHNOM PENH, 16 OKT – Lapangan terbang yang membabitkan kos berbilion dolar dibiayai China mula beroperasi di Kemboja, hari ini.

    Pegawai tempatan berharap lapangan terbang itu akan memulihkan sektor pelancongan penting Kemboja.

    Phnom Penh menjadi antara sekutu serantau terkuat Beijing di bawah bekas pemimpin orang kuat Hun Sen, selepas menerima sejumlah besar pelaburan dari China.

    Menteri Kemboja menyambut ketibaan penerbangan komersial pertama dari Bangkok di landasan sepanjang 3,600 meter di Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap Angkor (SAI), hari ini.

    Hab penerbangan bernilai AS$1.1 bilion itu dibina di atas tanah seluas 700 hektar, dijangka menerima sehingga 12 juta penumpang setiap tahun mulai 2040.

    “Pencapaian ini akan menjadi faktor utama dalam meningkatkan pemulihan pelancongan di Kemboja,” kata Timbalan Perdana Menteri, Vongsey Vissoth.

    Ketua Sekretariat Penerbangan Awam Negeri, Mao Havannall, menyifatkan ia sebagai pencapaian bersejarah bagi Kemboja serta hasil utama daripada hubungan diplomatik kedua-dua negara yang semakin rapat.

    Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan seorang pemimpin tertinggi China dijangka membuka lapangan terbang itu secara rasmi bulan depan. – AFP

    Pengawal bersedia menyambut ketibaan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing sebelum Forum Jalur dan Laluan di Beijng kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda