Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Lapangan Terbang Istanbul terbaik di dunia

    ANKARA, 6 OKT – Lapangan Terbang Istanbul dipilih sebagai terbaik dunia 2022 oleh pembaca Conde Nast Traveler, majalah pelancongan mewah yang berpangkalan di New York dan London.

    Dalam tinjauan tahunan Anugerah Pilihan Pembaca majalah itu, Lapangan Terbang Istanbul menduduki tempat pertama mengetepikan Lapangan Terbang Changi Singapura yang menduduki tempat kedua, lapor agensi Anadolu, hari ini.

    Manakala, Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon menduduki tempat ketiga diikuti Lapangan Terbang Zurich, Switzerland dan Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda di Tokyo.

    Pada Selasa, Conde Nast Traveler berkata Lapangan Terbang Istanbul yang dibuka pada 2019 dengan menara kawalan berbentuk bunga tulip memperoleh penilaian terbaik atas reka bentuk dan keselamatannya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...