Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lapangan terbang Kabul sasaran serangan roket

    KABUL, 30 OGOS – Lapangan terbang Kabul hari ini menjadi sasaran serangan roket, ketika pasukan tentera pimpinan Amerika Syarikat (AS) dalam proses berundur dari Afghanistan, kata saksi.

    “Lima roket yang dipasang pada sebuah kereta itu dibedil dari Khair Khana Minia, tetapi dapat dipintasi sistem peluru berpandu AS,” kata saksi Sayyad Mohammad kepada Xinhua.

    Belum ada laporan mengenai korban.

    Laporan media memetik kenyataan Rumah Putih,  Presiden Joe Biden sudah diberikan taklimat mengenai serangan roket itu dan operasi di lapangan terbang Kabul masih diteruskan. 

    Taliban belum mengesahkan kejadian itu setakat ini.

    Penerbangan membawa keluar tentera AS kini di fasa akhir dan dijangka selesai pada Selasa. 

    Pada Khamis, sekurang-kurangnya 170 warga Afghanistan dan 13 tentera AS terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam insiden letupan di pintu masuk sebelah timur lapangan terbang, ketika orang ramai menunggu untuk dipindahkan.  

    ISIS-K, sekutu Daesh di Afghanistan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. – Bernama

    Pesawat Tentera Udara AS berlepas dari lapangan terbang Kabul, 30 Ogos. Roket ditembak dari lapangan terbang tersebut ketika tentera AS bergelut menyelesaikan pengunduran mereka dari Afghanistan dan memindahkan sekutu di bawah ancaman serangan IS. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda