KABUL, 30 OGOS – Lapangan terbang Kabul hari ini menjadi sasaran serangan roket, ketika pasukan tentera pimpinan Amerika Syarikat (AS) dalam proses berundur dari Afghanistan, kata saksi. “Lima roket yang dipasang pada sebuah kereta itu dibedil dari Khair Khana Minia, tetapi dapat dipintasi sistem peluru berpandu AS,” kata saksi Sayyad Mohammad kepada Xinhua. Belum ada laporan mengenai korban.