Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lapangan terbang Kolkata ditutup 21 jam

    NEW DELHI, 26 MEI – Lapangan terbang Kolkata, India akan ditutup selama 21 jam berikutan Siklon Remal dijangka bertemu daratan di Bangladesh dan beberapa tempat di negeri Benggala Barat, India hari ini.

    “Operasi penerbangan akan digantung dari 12 tengah hari ini sehingga 9 pagi esok berikutan ramalan hujan yang sangat lebat dan angin kencang di Kolkata,” kata pihak lapangan terbang itu dalam satu kenyataan, kelmarin.

    Remal akan secara intensif berubah kepada ribut siklon yang kuat menjelang pagi tadi serta merentasi antara Bangladesh dan kawasan pantai Benggala barat sekitar tengah malam, ramal jabatan cuaca India.

    Polis Kolkata juga telah menubuhkan sebuah pusat kawalan, yang turut melibatkan wakil agensi pengurusan bencana dan jabatan perbandaran untuk bertindak balas terhadap sebarang situasi kecemasan akibat siklon itu. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...