Friday, October 4, 2024
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lapangan Terbang Miyazaki kembali beroperasi

    MIYAZAKI, 3 OKT – Lapangan Terbang Miyazaki di barat daya Jepun kembali beroperasi hari ini, sehari selepas letupan bom lama di jalan rayap (taxiway) menyebabkan lebih 80 penerbangan terpaksa dibatalkan, lapor agensi berita Kyodo.

    Letupan berlaku beberapa minit sebelum 8 pagi kelmarin dan tiada kecederaan dilaporkan.

    Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun mengesahkan bahawa letupan berpunca daripada bom seberat 250 kilogram dari Perang Dunia Kedua dan pihaknya sedang menyiasat punca ia meletup.

    Kerja-kerja pembaikan diselesaikan selepas lubang berdiameter tujuh meter dan sedalam satu meter ditemukan di jalan rayap.

    Penerbangan pertama sejak lapangan terbang itu ditutup kelmarin adalah penerbangan Japan Airlines ke Fukuoka yang berlepas sekitar 7:40 pagi waktu tempatan. – Bernama

    Gambar menunjukkan sebahagian daripada laluan teksi yang rosak di Lapangan Terbang Miyazaki di barat daya Jepun pada 2 Oktober selepas letupan dilaporkan. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda